BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog. Tugas individu.


Etika Penulisan Blog


Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog merupakan perbincangan dalam bentuk tulisan formal atau tidak rasmi. Sebelum menulis sesebuah blog, etika penulisan blog perlu diambil kira. Antara etika penulisan blog adalah seperti berikut.


Etika penulisan blog yang pertama adalah pemilihan tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian semua pembaca (Normaliza Abd Rahim, 2014). Tajuk menarik ini boleh dimaksudkan dengan tajuk yang tepat yang dikehendaki oleh pengguna media sosial ketika pencariannya didalam internet atau tajuk yang membuatkan pembaca ingin tahu lebih lanjut tentang penulisannya. Tajuk tersebut perlulah menerangkan atau menjelaskan keseluruhan apa yang ditulis di dalam blog secara perkataan yang ringkas. Sebagai contoh, pembaca ingin mencari cara penyelesaian  masalah jerawat. Penulis boleh jelaskan di dalam tajuk tentang penulisan blog , contohnya, ‘5 cara penyelesaian masalah jerawat secara berkesan’. Hal ini akan menarik pembaca untuk membaca blog tersebut kerana penggunaan ayat berkesan.


Seterusnya, etika penulisan blog yang kedua adalah cerita yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca (Normaliza Abd Rahim, 2014). Cerita yang menarik ini bermaksud cara penceritaan di dalam blog tersebut yang tidak membosankan pembaca dan isi penceritaan yang tidak cliche atau terlalu umum dengan pengetahuan masyarakat. Sebagai contoh, penulis blog tidak hanya menggunakan ayat yang sama sahaja setiap penulisan. Hal ini akan membuatkan pembaca terasa bosan untuk membacanya. Penulis juga perlu peka akan penulisan-penulisan blog yang lain supaya penulisannya dan info yang hendak disampaikan tidak mirip sama sekali. Hal ini kerana peluang untuk pembaca tidak membaca blog yang ditulis oleh penulis adalah tinggi kerana telah membaca pengisian blog tersebut terlebih dahulu di blog yang lain.


Disamping itu, etika penulisan blog yang ketiga adalah memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik (Normaliza Abd Rahim, 2014). Tujuan ayat humor dan berbentuk jenaka ini adalah sama seperti isi sebelumnya iaitu bagi menghilangkan bosan pembaca dan bagi menarik perhatian pembaca. Setiap manusia memerlukan hiburan bagi menceriakan hari mereka. Sama seperti membaca, ketika membaca sesuatu yang informatif atau sesuatu yang ingin diketahui, ayat humor atau jenaka ini adalah hiburan bagi pembaca-pembaca blog. Ayat-ayat seperti ini mampu mendekatkan penulisan dengan pembaca kerana pembaca berasa seronok untuk membaca.



Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan blog (Normaliza Abd Rahim, 2014) adalah  etika penulisan blog yang keempat. Penulis memerlukan penulisan yang kreatif dan mampu membuatkan pembaca percaya akan penulis. Hal ini, hujah yang kuat dan terbaik amat diperlukan untuk membutakan pembaca percaya akan penulisan blog tersebut. Hujah-hujah tersebut boleh berbentuk fakta atau pegalaman sendiri yang mungkin pengalaman tersebut sama dengan pengalaman yang dirasai pembaca.



Mengaitkan penulisan blog dengan berita terkini (Normaliza Abd Rahim, 2014) merupakan etika penulisan blog yang kelima. Mengaitkan penulisan blog dengan berita terkini adalah satu cara untuk  menarik perhatian pembaca kerana ianya merupakan blog yang terbaharu atau blog yang ‘fresh’. Apabila pembaca merasakan bahawa blog itu adalah blog yang baharu, secara automatiknya pembaca akan merasakan mereka tidak pernah membaca blog tersebut.


Etika penulisan blog yang keenam adalah dengan menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas (Normaliza Abd Rahim, 2014). Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas mampu menarik perhatian pembaca untuk meneruskan pembacaan. Hal ini kerana, terdapat pembaca yang enggan membaca ketika melihat pengisian atau penulisan blog yang agak panjang membuatkan pembaca malas membaca.


Etika penulisan blog yang ketujuh adalah dapat dibaca dan difahami (Normaliza Abd Rahim, 2014). Ketika membaca sesuatu perkara, sudah menjadi kepastian bahawa sesuatu yang dibaca itu haruslah difahami. Hal ini kerana, jika penulis menggunakan perkataan-perkataan yang sukar dibaca oleh pembaca, peluang untuk penulisan tersebut untuk difahami adalah rendah. Hal ini kerana, penulis perlu menulis blog yang jelas untuk disampaikan kepada pembaca-pembacanya.


Dapat berkomunikasi dengan pembaca (Normaliza Abd Rahim, 2014) adalah etika penulisan blog yang kelapan. Berkomunikasi dengan pembaca adalah cara bagi mendekatkan penulis dengan pembaca dan secara tidak langsungnya akan menarik perhatian pembaca untuk membacakan blog penulis tersebut akan datang. Penulis boleh mempersoalkan sesuatu didalam penulisannya dan membuat pembaca terfikir-fikir akan soalan yang diajukan oleh penulis. Blog juga mempunya ruangan komen disudut bawah blog yang membolehkan penulis dan pembaca berinteraksi secara tulisan.


Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan blog (Normaliza Abd Rahim, 2014) adalah etika penulisan blog yang kesembilan. Setiap penceritaan blog yang ditulis perlu disampaikan niat yang baik dan betul. Hal ini memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan mampu mengubah seseorang dengan hanya sesebuah ayat yang dikongsikan. Pembaca-pembaca juga merasakan blog yang ditulis adalah blog yang berkualiti kerana mampu menyentuh hati pembaca. Selain itu, dengan moral dan nila estetika mampu mengajar pengajaran keseluruhan tentang apa yang disampaikan di dalam blog.


Berilmu untuk penulisan pendidikan (Normaliza Abd Rahim, 2014) adalah etika penulisan blog yang terakhir. Setiap penulisan blog perlulah disampaikan bagi tujuan untuk mendidik dan menyampaikan ilmu baharu kepada pembaca-pembaca. Setiap penulisan yang ditulis perlu ada isi-isi yang berilmu agar penulisan tersebut adalah penulisan yang berpendidikan.


NOREIN MANSOR, NORMALIZA ABD RAHIM (2017) : BOOM! with Social Media

Comments