BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk


Sinopsis


Alim merupakan seorang kanak-kanak kecil yang baharu belajar. Alim mempunyai ibu bapa yang kedua-duanya mempunyai kampung halaman. Kampung halaman sebelah bapa Alim di sebelah negeri Melaka manakala kampung disebelah ibu Alim adalah di Kajang. Pada hari tersebut, Alim sekeluarga pulang ke kampung sebelah ibu Alim di Kajang. Ketika sampai, Alim memerhati ayam dan itik di kampung sudah tiada, Alim berasa sedih. Melihat Alim sedih, nenek menghampiri Alim dan mempersoalkan Alim kenapa bersedihan. Setelah itu nenek membawa Alim ke reban ayam dan itik yang baharu. Alim sungguh gembira dan lupa akan kesedihan. Setelah itu, Alim masuk ke dalam rumah, Alim sedih kembali kerana suasan dalam rumah atuk dan nenek yang baharu. Nenek kembali menerangkan tentang apa sudah berlaku. Alim mula tahu. Suasana kampung di Kajang yang berlainan membuatkan mereka semakin rapat.





Jenis Multimedia


·         Teks – Cerita sosial : Nenek dan datuk ini telah disampaikan secara teks di dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi oleh Normaliza Abd Rahim, 2019. Cerita ini dieceritakan bagi tujuan am iaitu membaca.



·         Gambar – Cerita Nenek dan Datuk ini juga boleh disampaikan dalam bentuk gambar. Sebagai contoh, gambar tersebut mengambarkan kejadian tentang cerita tersebut atau pergerakkan jalan cerita tersebut.



·         Audio – Cerita Nenek dan Datuk ini juga boleh disampaikan dalam bentuk audio. Sebagai contoh, audio boleh berbentuk dalam nyanyian ataupun suara orang yang sedang bercerita.



·         Video -  Cerita Nenek dan Datuk ini juga boleh disampaikan dalam bentuk video. Sebagai contoh, video tersebut boleh dibuat dengan cara animasi penceritaan tentang kisah nenek dan datuk.


Normaliza Abd Rahim (2019) : Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi

Comments