BBM3410Satu2019 :SUATU KETIKA

Assalammualaikum,

Keluarga merupakan segala erti dalam hidup saya. Tanpa mereka, siapa lah saya. Ayah yang bertanggungjawab penuh dengan kesabaran atas didikkan yang perlu dilakukkan bagi membentuk keluarga yang sempurna. Ibu yang mengeluarkan segala kerat tenaga bagi menyambungkan kehidupan yang bermakna. Tidak lupa akan adik-beradik iaitu abang dan kakak, yang membantu ayah dan ibu menjaga sesama adik beradik. Dari kecil, segala hormat kami tunjukkan kepada kedua-dua ibu bapa kami. Ayah sentiasa bekerja keras mencari rezeki untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Erti letih tiada dalam kamus ayah. Walaupun telah tamat berkhidmat sebagai pekerja kerajaan, ayah tetap melakukan sesuatu untuk keselesaan keluarga. Tentang ibu, ibu yang sentiasa memberi segala kasih sayang. Ibu telah menjaga kami dengan cukup sempurna. Segala tenaga yang diberi sepanjang hidup memberi kami makanan setiap hari, walaupun ada adik beradik yang telah bekerja, kembali kepada ibu untuk meminta makanan yang dimasak oleh Ibu sendiri. Ibu bukan sahaja hebat sebagai suri rumah, namun dia juga bekerja sebagai jururawat. Tatkala letih sekalipun, ibu tidak pernah mengeluh. Jasa yang dilakukan oleh mereka ini menguatkan kami berlima beradik menjadi semakin kuat.

Comments