BBM3410Satu2019:Masih Di Sini


PENGALAMAN TERINDAH

Pengalaman yang terindah yang aku telah alami adalah pengalaman ketika aku sekeluarga menggembara dari Sarawak ke Sabah dengan hanya menggunakan kereta. Pelbagai rintangan, masalah dan perkara-perkara yang lucu telah mengukir sebuah kenangan yang terindah. Dalam perjalanan kami perlu mengikuti jalan yang sunyi, menempuh masalah seperti kehabisan minyak, dan tidur di dalam kereta. Perjalanan kami ke sana mengambil masa dua setengah hari untuk tiba di Sabah. Ketika sampai kami tersenyum riang melihat kebesaran ciptaan yang Maha Esa di bumi Sabah. Suasana laut yang indah amat mengamit pandangan kami. Aku amat syukur mempunyai pengalaman sebergini. Pengalaman ini akan ku ingat sampai bila-bila.

Comments