BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6


 Assalammualaikum,
 
         Kali ini saya akan menceritakan tentang dua gambar di instagram saya bagi tugasan minggu 6 kursus multimedia. Tuagasan tersebut merupakan tugasan berkumpulan dimana kami perlu mengambil gambar potrait, gambar swafoto, dan gambar yang menunjukkan simpulan bahasa.

      Kedua-kedua gambar merupakan gambar potrait saya  yang diambil oleh rakan kumpulan. Lokasi kedua-dua gambar ini adalah berbeza. Lokasi gambar pertama adalah di fakulti biosains UPM, dimana situasi sekitarnya seperti di dalam hutan membuatkan seperti kami pergi ke tengah-tengah hutan. 

         Berbeza dengan gambar kedua, dimana lokasinya di Presint 2, Putrajaya. Walaupun bergambar di sebuah tangga, namun, bagi pendapat saya gambar ini cukup unik dan menarik. Ada kisah setelah mengambil gambar tersebut. Semasa menuju pulang, saya dan rakan saya yang menumpang motor saya berpisah dengan rakan-rakan lain. Dalam perjalanan saya baru perasan bahawa minyak motor saya sudah hampir kehabisan. Tiada stesen minyak yang berhampiran. Kami terpaksa redha jika minyak motor kehabisan. Alhamdulillah kami sampai di stesen minyak walaupun motor seringkali enjinnya mati tapi mampu bergerak.

    Apa yang saya dapat pelajari, benar kata Prof N dimana kita perlu redha jika ingin melakukan sesuatu.


Comments