BBM3410Satu2019 : Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa

Assalammualaikum,

        Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Blog menggalakkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain. Selain itu, blog dapat meningkatkan keyakinan diri, kreativiti dan membolehkan masyarakat berinteraksi melalui penulisan tidak formal. Pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Oleh itu, pelajar berpeluang belajar tentang Bahasa dari segi tatabahasa dan banyak lagi.                            

          Menurut Zaini Amir (2012), terdapat berbezaan bahasa antara perempuan dan lelaki. Beliau berpendapat di dalam kajian terhadap perbezaan bahasa yang digunakan remaja lelaki dan remaja perempuan. Selain itu, Wang & Woo juga berpendapat, bahawa blog dapat membantu pelajar menambah baik tulisan mereka. Tambahan pula, para pelajar juga ada yang merujuk blog untuk menyiapkan tugasan mereka.

            Menulis blog boleh membentuk keyakinan diri seseorang (Nadzrah Abu Bakar et. al. ,2010). Beliau menyatakan bahawa ciri-ciri blog sebagai alat pengajaran di dalam kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. 

         Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017), beliau menyatakan 10 cara menulis blog dengan baik. Etika yang pertama iaitu membuat tajuk yang menarik, boleh menarik perhatian pembaca. Seterusnya, penceritaan menarik yang dapat menarik hati pembaca. Ketiga, masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Keempat, penulis perlu memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan. Kelima, kaitkan penulisan dengan berita terkini. Keenam, penulis disarankan menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ketujuh, blog mestilah dapat dibaca dan difahami. Kelapan, penulis dapat berkomunikasi dengan pembaca. Kesembilan, masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan. Penulisan blog yang baik perlulah meyelitkan nilai moral dalam penulisan. Nilai moral ini dapat membantu membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika. Nilai moral ini juga merupakan satu bentuk pengajaran. Akhir sekali, berilmu untuk penulisan pendidikan. Penulis mestilah berilmu untuk membuat penulisan pendidikan. 

        Kesimpulannya, blog membantu pelajar mempelajari bahasa. Selain itu, blog dapat meningkatkan gaya penulisan dalam bahasa kedua.

Comments