BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim(2019)

Assalammualaikum,
Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi
oleh Normaliza Abd Rahim, mengandungi sebanyak 7 bab. Bab pertama iaitu
bertajuk kajian wacana. Definisi wacana
dapat difahamkan dengan jelas jika merujuk kepada wacana berbentuk teks,
tulisan, ujaran dan interaksi. Wacana perlu difokus dan dianalisis dengan
teliti supaya analisis dapat difahami dengan jelas. Pemahaman setiap wacana
tersebut dilihat sebagai satu perkara yang mudah apabila seseorang itu faham
akan tujuan setiap wacana yang disampaikan. Malah, ia akan lebih jelas lagi
apabila dihuraikan dengan lebih terperinci dan teliti. Bab kedua membincangkan
tentang teori dan pendekatan wacana. Dalam bab dua ini menceritakan bahawa setiap
teori dan pendekatan analisis wacana dihuraikan dengan terperinci supaya boleh
diguna dalam analisis data diperoleh. Ia menjadi wajar agar pemilihan teori dan
pendekatan yang sesuai dan tepat. Bab ketiga bertajuk analisis wacana tekstual
dan ujaran. Bab ini menyentuh perihal tiga kajian iaitu wacana tekstual lirik
lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak
autisme. Kajian tersebut penting dan bermanfaat terhadap masyarakat,
kementerian pendidikan, guru, dan juga ibu-bapa kepada kanak-kanak istimewa. Bab
seterusnya iaitu bab empat yang bertajuk strategi komunikasi. Strategi
komunikasi digunakan sebagai percubaan sistematik oleh pelajar untuk
mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran, dalam situasi ketika
peraturan sistematik bahasa sasaran belum dibentuk. Bab 5 bertajuk taksonomi
dan pendekatan strategi komunikasi. Terdapat lima elemen dalam strategi
komunikasi. Antaranya adalah pengelakan, parafrasa, pemindahan, secara sedar,
meminta pertolongan dan mimikan. Pendekatan strategi komunikasi sesuai digunaan
dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks. Bab 6 merupakan analisis strategi
komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Samapel yang terdiri daripada sepuluh
pelajar sekolah rendah berumur 11 dan 12 tahun di Selangor. Kajian ini memberi
implikasi terhadap masyarakat, guru, ibubapa dan pelajar sekolah.
Bab yang terakhir iaitu bab 7 merupakan cadangan
kajian akan datang. Komunikasi seperti bahasa isyarat, bahan bercetak, dan
bahan elektronik dan media sosial amat berguna dalam pelbagai cara. Kegunaan
komunikasi penting kerana mempunyai fungsi yang banyak. Implikasi buku ini
adalah memberi faedah kepada masyarakat, kementerian, guru-guru, ibu-bapa,
serta diri sendiri tentang bagaimana wacana dan strategi komunikasi diterapkan
pada diri sendiri.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim.2019. Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu
Harga
RM 20.00
Comments
Post a Comment