BBM3410: KETIKA DAN KALIMAT

Assalammualaikum W.B.T

Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya... begitu juga kelas, ada permulaan dan tamat di penghujungnya. Dala hal ini, saya nak cerita sikit tentang sepanjang kelas BBM3410 Multimedia dalam Bahasa ini berlangsung. Pada awalnya saya berasa cuak kerana mendengar bahawa pengajar kursus ini adalah seorang yang garang. Pada awal kelas, benar bahawa beliau seorang yang garang. Tetapi bagi saya, beliau cuma tegas dalam memberi arahan. Kami sekelas diajar untuk redha atas pemberian segala tugas yang bakal diberi pada setiap minggu. Benar, mengikut pengalaman setiap minggu menggalas tugas ini, perkataan redha tersebut merupakan perkataan yang tepat sekali bagi menunjukkan situasi ketika itu. Kami di arah menubuhkan satu kumpulan. Sepanjang kursus ini, berikut merupakan ahli kumpulan saya dalam membuat tugasan mingguan.


Ini merupakan ahli kumpulan saya. Kumpulan kami diberi nama "Langgar Production".  Walaupun kami sentiasa bercanggahan idea, namun percayalah, kami ingin mendatangkan hasil kerja kumpulan yang terbaik. Dalam 4 minggu di dalam kursus BBM3410, kami belajar mengambil gambar dengan betul, merakam pelbagai jenis video, dan menggunakan laman sosial seperti twitter, instagram, facebook, serta Youtube. Setiap kali melakukan tugas, kami akan pastikan setiap ahli kumpulan memainkan peranan dalam melakukan tugasan. Pelbagai perkara yang kami pelajari seperti mengedit video, berlakon, menjadi model untuk gambar, mengambil pelbagai jenis menangkap gambar dan lain-lain. Pelbagai memori bersama yang kami ukir, tidak akan kami lupakan


Terima kasih bagi semua yang terlibat dalam kursus BBM3410 lebih-lebih lagi kepada Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kelasnya. Ribuan terima kasih dan memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan.




Comments