BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial


Ulasan buku Eh!!! Media Sosial



Bab satu dalam buku Eh!!! Media Sosial membincangkan tentang gambaran keseluruhan media sosial. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), media sosial perlu mempunyai etika yang sesuai. Antara etika media sosial yang perlu dijaga ialah, pilihan perkataan, struktur ayat, peraturan tatabahasa, sensitiviti agama, sensitiviti politik, perkataan atau kata kesat, ancaman, fitnah, foto, dan kajian. Bab kedua pula berjudul “twitter dan trend terkini”. Bab ini menjelaskan tentang sebuah kajian twitter oleh Bicen & Cavus (2012). Kajian ini telah mengenalpasti dapatan dimana twitter mudah diakses, pantas dan efisyen dan mempunyai informasi yang terkini. Bab ketiga berjudul “Facebook masih digunakan”. Bab ini juga membincangkan kajian media sosial namun ia hanya menfokuskan media sosial facebook. Blattner & Fiori (2009) telah berkongsi faedah berinteraksi dalam bahasa tulen serta kesedaran sosio-pragmatik yang diperoleh melalui penggunaan kumpulan di Facebook. Terdapat pengkaji lain turut mengkaji kajian facebook. Hasil daripada kajian-kajian ini, pengkaji menemui bahawa Facebook mampu menanam sifat berani pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Bab keempat berjudul ‘Instagram menyeronokkan”. Kali ini, bab ini membincangkan tentang kajian media sosial Instagram.  Antara contoh kajiannya ialah kajian oleh Bell (2013) menunjukkan pelajar boleh menggunakan Instagram di sekolah. Pelajar-pelajar tersebut menggunakan Instagram bagi tujuan pembelajaran dan ia juga menunjukkan pelajar-pelajar bermotivasi dalam pelajaran. Hasil kajian tersebut adalah pengkaji mendapati pelajar amat menyukai Instagram kerana ia amat ringkas.

 Bab kelima pula berjudul “E-mel masih popular pada masa kini”. E-mel merupakan medium komunikasi dalam bahasa sasaran termasuk mengarang dan bertukar pesanan dengan pelajar lain di dalam kelas atau di seluruh dunia. Terdapat kajian tentang e-mel dan hasil dapatannya ialah mendapati interaksi pelajar terhadap aktiviti bukan berkaitan tugas. Bab keenam berjudul “Blog di dalam kelas bahasa”.  Blog merupakan satu perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014). Bab ketujuh iaitu “Isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna” membincangkan tentang kajian yang menunjukkan isu dalam sosial pengguna. Antara isu sosial yang dihadapi ialah pengunaan bahasa yang kurang betul. Bab yang terakhir iaitu bab lapan menceritakan tentang “Implikasi Pedagogi”. Media sosial memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pembelajaran bahasa kerana ia menyediakan pelajar dengan kemungkinan untuk terlibat secara aktif, menghasilkan perbualan yang relevan dan berlatih menggunakan bahasa sasaran.



Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

RM60.00

Comments